Monday, 6 August 2012

PERMAINAN ADALAH SATU PROSES PEMBELAJARAN BERKESAN

Adakah betul apa yang saya katakan bahawa permainan adalah satu proses pembelajaran yang berkesan itu??

       Bagi pandangan saya, permainan adalah salah satu daripada cara untuk kita belajar sesuatu perkara samada sesutu benda dalam kawalan ataupun luar kawalan kita. Permainan terbahagi kepada dua iaitu permainan di antara dua muka dan permainan berbentuk fizikal yang memerlukan 3 unsur berbeza iaitu strategi, nasib dan kemahiran. Permainan antara dua yang di maksudkan oleh saya itu tadi adalah permainan yang dimainkan dalam komputer, 'playstation', xbox dan sebagainya. manakala permainan yang berbentuk fizikal pula dimainkan secara 'live' seperti congkak, gasing, layang-layang, bola sepak, bola tampar dan sebagainya. Setiap permainan juga mempunyai pengajaran tertentu yang boleh dikongsi melalui sebuah permainan. Cara penyampaian mesej dan jalan cerita yang perlu dipersembahkan dalam sesebuah permainan adalah penting untuk menarik pemain supaya bermain permainan yang di hasilkan. Oleh yang demikian, papan cerita juga memainkan peranan yang amat penting dalam menghasilkan sesebuah permainan. Mengikut apa yang telah saya kaji, papan cerita adalah sebuah lakaran yang perlu dibuat sebelum menghasilkan sebuah permainan, animasi ataupun filem bagi memudahkan lagi jalan penceritaan yang akan dihasilkan dengan lebih berkesan. Papan cerita juga mengandungi 5 unsur yang sangat penting untuk di masukkan ke dalam penceritaan supaya ianya dapat di terima oleh pemain kelak iaitu ' audio, video, text, animation, graphic '. Ini adalah 5 unsur yang sangat penting untuk kegunaan papan cerita.
        Berbalik semula kepada permainan tadi, teringat pula kepada dr. tan wee ho, pensyarah atau tenaga pengajar yang telah mengasah minat saya untuk mencuba dalam bidang ' game design ' ini. Beliau sering menekankan unsur penting dalam sesebuah permainan iaitu ' feedback, rules, goal, problem, interaction, representation ' dalam membina sesebuah permainan.
salah satu permainan yang saya kaji dan ternyata mempunyai  nilai untuk dipelajari...
         Setelah di soal selidik permainan ini, saya dapati permainan ini adalah berbentuk 'puzzle game' dan ianya mempunyai nilai untuk dipelajari. Sepertimana yang di ketahui, undang-undang permainan ini adalah pemain perlu memilih pokok yang di tanam di halam rumah untuk menghalang zombie masuk ke dalam rumah  dan makan otak tuan rumah. Maka, pemain perlu fokus dan mengatur strategi dengan menanam pokok untuk menghalang zombie daripada masuk ke dalam rumah 'ZEN'. Jadi, nilai yang dapat kita pelajari adalah pemain dapat belajar bagaimana cara untuk mengatur strategi untuk menghalang zombi supaya masuk ke dalam rumah ZEN.

No comments:

Post a Comment